Kami adalah pengeluar Halia Bentong. Semua proses penanaman dan penghasilan adalah dilakukan di ladang kami di Janda Baik, Bentong, Pahang.
Proses penanaman Halia Bentong dilakukan dengan teliti yang mana penjagaan adalah merangkumi kesemua aspek untuk menghasilkan Halia yang berkualiti tinggi.
Pemilihan tempat yang sesuai juga adalah perkara yang penting yang mana Janda Baik adalah kawasan dengan cuaca yang baik dan mempunyai tanah yang subur.
Kerja-kerja dilakukan dengan penuh teliti bermula dari penanaman benih sehingga kepada pembajaan dan penuaian. Semua proses dipastikan cara kerja yang menghasilkan Halia berkualiti tinggi.
Penanaman halia memerlukan pengetahuan yang lengkap untuk menjaga kualiti dan rasa.
Tenaga kerja yang cekap dan berdisiplin adalah amat penting demi memastikan hasil adalah sentiasa memuaskan. Pelbagai aspek diambil kira untuk memastikan setiap proses diikuti dengan teliti.